Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 12, 2017

Rezeki dari Allah selepas 6 tahun cuba hamil

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t yang sentiasa mendengar rintihan dari hambanya yg kerdil ini.
Syukur segala nikmat yang telah diberikan. Aamin ya rabbal alamin.

Masih terkedu sewaktu masuk ke dalam klinik, lihat ada dua tanda line. Berdebar-debar jantung. “Betul ke pregnant tu?” Hati aku berdetik.
Memula pergi klinik sebab rasa kurang sihat setelah pulang dari Cameron Highlands, rasa pusing dan mual-mual.
Doc pula tanya, “Bila last period?” Aku jawab dah lambat dah, so doc insisted doing urine test. Aku pun buat lah tanpa ada rasa curious or berdebar-debar because after six years with negative result you don’t have high hope for it.
But then when I saw the result, terkedu, tanya doctor betul ke? Doc jawab...”pregnant ni, line jelas.”
Allahu rabbi, menangis di situ juga sambil tersedu-sedu. “Ada anak?” Doc tanye.
Aku jawab, “Belum, saya da kahwin 6 tahun, ini kali pertama saya nampak result positive.”
Doc terus sarankan aku pergi ke klinik kerajaan for follow up.
Masuk dalam kereta tangan terketar2, pregnant test simpan dalam beg. Suami menunggu dalam kereta sambil pegang anak angkat yang sedang tidur di pangkuannya. “Doctor cakap ape yang?”
Aku menggeleng. “Tak tahu lah nak cakap macam mana,” sambil keluarkan pregnant test. “Ape tu yang?” Suami tanya.
“Sayang pregnant yang.”
Suami macam terkejut. “Betul ke? Alhamdulillah.” Terus aku menangis di bahu suami. Then ajak suami pergi scanning baby kt klinik lain, cari klinik wanita.
Alhamdulillah nampak kantung, nampak baby kecik sangat kat tepi tu dinding, tak jelas sangat... dan doc cakap kalau ikot scan ni da six weeks.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Allah dengar doa-doa hambanya. Kita kena redha dan percaya.
Alhamdulillah.