Rasa macam nak try je.
Cara pengambilan dia pon mcm senang je.
InsyaAllah,
http://www.hamilcomel.com/2012/03/buah-zuriat-buah-adam.html
Boleh tengok kat sini.Klik link di atas.
Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-
Cara Pertama
Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar
dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya,
seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di
makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada
yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat
ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang
dibelah dua, dan diingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan
memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan
isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di
sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh
suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu
bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat
yang baru.
Tips-tips
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38
daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN
TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat
keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)
doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,
malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang
sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
No comments:
Post a Comment